Lapar menjadi Bahasa, Haus menjadi Doa
dingin silir di tanah perantauan mengusik hati yang terasing pada suara yang memanggil dari langit tiada kufahami, bahkan kutolak dalam diam duniaku, dunia berbeza namaMu asing dirasa Ramadan, berat di jiwa walau janji pernah kulafaz di seberang kutemui cinta disirami cahaya sakinah tika kulafazkan kesaksian pasrah dengan ketentuan Ramadan kau muncul lagi, menghidupkanku tanpa menghukum masa laluku bara benci telah lama sirna yang tinggal hanyalah putik cinta kau menyapaku saban tahun dengan wajah yang sama namun aku yang alpa terselit rasa, memikul resah namun engkau tetap sabar menanti saat lapar menjadi bahasa haus menjadi doa diam merintih harap kini, tika kau menyapa aku tidak lagi bertanya, mengapa aku menunggu seperti bumi merindukan hujan bukan kerana terpaksa tetapi kerana cinta Muhammad Ridha 12 Feb 2026 Dalat, Vietnam