Anjing, Bukit & Alam
Anjing-anjing menyalakkan bukit bukit tersenyum bongkak tersimpul riak Anjing-anjing menyalakkan bukit makin galak sayangnya kian serak bukit memeluk tubuh sinis Alam mulai bangkit dari lena memanjang sedang bukit mengeluh sakit digoncang alam dalam ledak amarah kerana dikejutkan dari asyiknya tidur Alam tersenyum megah mendabik dada bukit tertunduk menyerah taubat dan sedar kekerdilannya Anjing-anjing menyalak tapi bukan bukitnya justeru alam yang leka seketika kudrat apa yang mampu mengenggam nyawanya Dr Muhammad Ridha 9 September 2021 Beranang