Lapar menjadi Bahasa, Haus menjadi Doa
dingin silir di tanah perantauan
mengusik hati yang terasing
pada suara yang memanggil dari langit
tiada kufahami, bahkan kutolak dalam diam
duniaku, dunia berbeza
namaMu asing dirasa
Ramadan, berat di jiwa
walau janji pernah kulafaz
di seberang kutemui cinta
disirami cahaya sakinah
tika kulafazkan kesaksian
pasrah dengan ketentuan
Ramadan
kau muncul lagi, menghidupkanku
tanpa menghukum masa laluku
bara benci telah lama sirna
yang tinggal hanyalah putik cinta
kau menyapaku saban tahun
dengan wajah yang sama
namun aku yang alpa
terselit rasa, memikul resah
namun engkau tetap sabar
menanti saat
lapar menjadi bahasa
haus menjadi doa
diam merintih harap
kini, tika kau menyapa
aku tidak lagi bertanya, mengapa
aku menunggu
seperti bumi merindukan hujan
bukan kerana terpaksa
tetapi kerana cinta
Muhammad Ridha
12 Feb 2026
Dalat, Vietnam
Comments
Post a Comment