Anjing, Bukit & Alam
Anjing-anjing menyalakkan bukit
bukit tersenyum bongkak
tersimpul riak
Anjing-anjing menyalakkan bukit
makin galak
sayangnya kian serak
bukit memeluk tubuh sinis
Alam mulai bangkit
dari lena memanjang
sedang bukit mengeluh sakit
digoncang alam dalam ledak amarah
kerana dikejutkan dari
asyiknya tidur
Alam tersenyum megah
mendabik dada
bukit tertunduk menyerah
taubat dan sedar
kekerdilannya
Anjing-anjing menyalak
tapi bukan bukitnya
justeru alam yang leka seketika
kudrat apa yang mampu
mengenggam nyawanya
Dr Muhammad Ridha
9 September 2021
Beranang
Comments
Post a Comment