dingin silir di tanah perantauan mengusik hati yang terasing pada suara yang memanggil dari langit tiada kufahami, bahkan kutolak dalam diam duniaku, dunia berbeza namaMu asing dirasa Ramadan, berat di jiwa walau janji pernah kulafaz di seberang kutemui cinta disirami cahaya sakinah tika kulafazkan kesaksian pasrah dengan ketentuan Ramadan kau muncul lagi, menghidupkanku tanpa menghukum masa laluku bara benci telah lama sirna yang tinggal hanyalah putik cinta kau menyapaku saban tahun dengan wajah yang sama namun aku yang alpa terselit rasa, memikul resah namun engkau tetap sabar menanti saat lapar menjadi bahasa haus menjadi doa diam merintih harap kini, tika kau menyapa aku tidak lagi bertanya, mengapa aku menunggu seperti bumi merindukan hujan bukan kerana terpaksa tetapi kerana cinta Muhammad Ridha 12 Feb 2026 Dalat, Vietnam
biar apapun asal kau dan aku biar bicara kita mungkin berbeza biar bias rona kita tidak juga sama namun kau dan aku punya satu persamaan Tuhan yang bertakhta di hati walau diasak ujian segala arah walau tiada sunyi cabaran dan dugaan walau sindiran menjadi mainan gegendang Raja dan Negara tetap kita junjung masyarakat majmuk terjalin erat budaya tradisi melebur mencorak indah warna-warni kain bangsa Malaysia ditenun rapi benang-benang perlembagaan dan undang-undang enam dekad telah berlalu musim bergulir membawa silir perubahan tiada yang kekal diluntur, diganti zaman dan arus namun jati diri bangsaku, bangsa Malaysia tetap bernafas dan menghirup roh kesopanan dan kesusilaan Ibn Abdullah 20 Oktober 2023 Beranang KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
asap memintal hela khayal melayang alpa api membakar jiwa membalut, meresap kalbu noda semakin kelam mengalir darah merah hitam menyekat, sesak di dada hidup tiada makna dunia terasa neraka Dr Muhammad Ridha Beranang 26/3/2024
Comments
Post a Comment