Happy Anniversary!

17 years down the lane. Sepertimana pasang surutnya laut, begitu jugalah hidup berumahtangga. Ada masa happy, ada masa berombak (macam Ombak Rindu hehe). Perkahwinan mana yang tak sunyi dari masalah? Sebelum nikah segalanya indah. Lepas itu mulalah realiti kehidupan menerjah kita. 

Tetapi setiap badai melanda dihadapi dengan keteguhan hati. In shaa Allah bahtera yang dibina bersama semakin kukuh dan tetap haluannya. Perkahwinan adalah ibarat satu syarikat. Terbentuknya akad di antara sepasang suami isteri. Baik kemudinya, tetaplah haluannya. Sebaliknya, kalau patah kemudinya, syarikat akan terumbang-ambing dipukul ombak. Yang rugi bukan hanya kedua-dua pengarah (suami isteri) malah semua pemegang saham (anak2) akan turut mendapat tempias bahananya.

Give and take! The more you give the more you get. Betul tu! Dan seperti dalam sebuah syarikat semuanya milik bersama. Susah senang. Untung rugi. Mudah2an Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada semua menghadapi hari2 dengan penuh ceria bermakna. 




 Mengeteh di pot kegemaran sambil menunggu laksa telur sebijik dan mee jawa


 Firdaus chef dalam keluarga kita..ini boleh buat bisnes..haha


 Alhamdulillah..17 tahun one beautiful wife and 5 lovely children


The one and only.. my Mom.


Begitulah kami menghabiskan our 17th anniversary! Beautiful and meaningful in its own simple way.

P.S. Tanggal 25 Disember will always be a special day coz that's the day we built our ship. Forge ahead! 

Comments

Popular posts from this blog

Lapar menjadi Bahasa, Haus menjadi Doa

Picagari

Barah