Cinta 4 Mazhab

Bagaimanakah kau mencintai?

setiap keluk lurah gunung dan lembah 

santapan nafsu tiada belenggu

walau urat dan daging semata 


Bagaimanakah kau mencintai?

pahit manis tawar

kosong 

platonik

walau wujud rasa


Bagaimanakah kau mencintai?

dengan menerima

atau memberi

walau dirimu luluh


Atau...


Bagaimanakah kau mencintai?

melihat indah roh dari jasad

merentas setiap daerah rasa

memberi tanpa harap

demi cinta

hakiki




Ibn Abdullah

16 Ogos 2021

Beranang






 


Comments

Popular posts from this blog

Lapar menjadi Bahasa, Haus menjadi Doa

Picagari

Barah