Kalimah Cinta
Kalimah-kalimah cinta
berguguran
membalut luka
sekian lama
Pencarian
tiada noktah
kembara tiada henti
hanya hela di sela resah
Jiwa-jiwa haus
tiada henti
menyelam dalam kerinduan
ternanti-nanti
Titisan tangis
di gelap hening malam
menyentuh hati
yang mendambakan
terlerai hijab
Penantian
kala sukma disiram
ridhaMu
Hanya kalimah-kalimah cinta
penawar luka rindu.
Ibn Abdullah
15 Ogos 2021
Beranang
Comments
Post a Comment