Kau, Aku & Mereka

kau generasi serba kepincangan

aman dan damai, bukan perkataanmu

usah disebut, difikir pun tidak


maut dan penderitaan, tiada kau peduli

untuk memenuhi nafsu gilamu

lakuan kau melewati batas kemanusiaan

apatah lagi bunuh-membunuh sesama insan

kuasa dan kemenangan, matlamat tunggalmu

andainya gagal, kau menyesal

nekad membina, andainya tercapai


alangkah deritanya

natijah perbuatan kau

anak isteri meraung kedukaan

kehilangan darah daging dalam kancah perkelahian


kini tiba masanya

anak kau menebus dosamu selama ini

untuk menamatkan perbuatan laknatmu


tapi apakan daya

apabila dilihat segala kemusnahan

mati dan hidup, tiada garis pemisahnya

andainya dihitung satu persatu

tiada terperi ramainya yang merana

kesan pemberianmu kepada anak kau

air dan darah mengalir membaur

naluri hidup punah,hanyut bersama mimpi 


ketahui oleh kau

esok bermula dari hari ini

tingkahmu membayangi hidup anakmu

usah dikesali bila terlewat

racun yang meresap di fikiranmu

usah dibiarkan melarat

natijahnya bukan kau seorang

anak isteri turut merasa

nescaya tiada yang beroleh


kegilaan ini mesti ada noktahnya

andai kau mahu melihat hari esok

untuk dilalui bersama zuriatmu


masih ada jalan kebenaran 

entah perkelahian yang pertama dan kedua sudah lama dilewati

realiti perkelahian ketiga,bukannya khayalan semata

arus kebenarannya wujud, seperti kau dan aku

nestapa jangan dicari

alangkah bahagianya hidup bersama di bumi anugerah Allah



hasil coretan

Taming Sari @ Ibn Abdullah

4 dekad yang lalu



Comments

Popular posts from this blog

Lapar menjadi Bahasa, Haus menjadi Doa

Bangsaku

Barah