Kembara

resah

sarat menyesakkan

buntu kacau fikiran tidak keruan

melihat tiada yang terlihat


lemas

tenggelam dalam dosa & pahala

sesal & sebal

menggapai ranting nan rapuh


kelam

semakin kusam

tiada sinar tiada daya

di hujung helaan tersisa


harap

sebutir harapan seberkas cahaya

mengelus rasa yang lara

menenang hati yang bergulir


lepas

lerai segala gundah

bertemu kekasih yang indah

bersama jiwa yang tenang


janji

pertemuan terpahat kukuh

sejak azali

menjadi saksi


di hujung hembusan duniawi.



Abu Luqman

4/6/2021   7.37am

Jumaat

Comments

Popular posts from this blog

Lapar menjadi Bahasa, Haus menjadi Doa

Picagari

Barah