Kerana Kau

kerana kau

alam meronta

kau gembar-gemburkan

segala flora dan fauna

tanah yang subur, kau gondolkan


hijauan mati kelayuan

tapi kau masih tak celik

akan natijahnya

atau apakah kau sengaja menutup matamu


kerana kau

keturunanmu menderita

kerana wang, kau buta terhadap perbuatanmu

hinggakan air sungai yang jernih mengalir

kau kotorkan

dengan perbuatanmu yang terkutuk


kerana kau

alam ini meronta

dan kerana kau

kau akan merana.



dinukilkan oleh

Taming Sari @ Ibn Abdullah

hampir 4 dekad yang lalu




Comments

Popular posts from this blog

Lapar menjadi Bahasa, Haus menjadi Doa

Bangsaku

Barah