Lemas

Prolog


suatu ketika dulu

saat hidup 

bukan sekadar bernafas

justeru mencari erti

sebuah kewujudan

mengemis, mengharap

menitis hangat

membalut

lara


...


ku pejam mata

kala malam menyelimuti diri

terbang hanyut

dalam lautan luas


ku buka mata

kala kelam laut membasahi

akal fikiran hati & jiwa

tiada daya


lemas 

menggapai nyawa kian pudar

dalam kusut

ombak badai


namun

dalam hela tersisa

Kau hulur lembut seberkas sinar

meniup rasa

membawa ku terbang 

dalam cintaMu



....


Epilog


kini tiada lagi sesal

hanya damai & syukur

mengisi sisa hidup

pinjamanMu




Ibn Abdullah

15 Ogos 2021

Beranang



Comments

Popular posts from this blog

Lapar menjadi Bahasa, Haus menjadi Doa

Bangsaku

Barah