Semalam
Photo by Anna Shvets
semalam kau dan aku baru menikmati usia 30
hari ini kita meniti lelah 50
semalam masih segar kupecut hidup
hari ini, aku tersedar dari mati
Isnin, hari-hari yang penuh kacau
Jumaat tunduk penuh penyesalan
semalam langit masih terang
hari ini, kelam awan meredupkan langkah
kini kau dan aku kembali menikmati senja 70
tiada lagi kecuali syukur
diberi kesempatan meneguk rasa
di persinggahan sementara
semalam kau dan aku
masih mencari...
mencari titik pertemuan
hari ini bertemu sudah
mengerti pun sudah
tinggal menanti pasrah
ketentuanNya
Abu Luqman
22 Mei 2022
Beranang

Comments
Post a Comment