Roti & Kaya
Photo by Nicola Barts
roti putih
keras dan rapuh
sayang tiada penyeri
sekadar cukup buat
mengisi jiwa-jiwa yang kosong
roti putih
lembut dan gebu
dibalut kaya bertambah seri
mengenyang yang sarat
mengisi jiwa-jiwa yang kosong
air kosong
membasahi tekak
menyiram tandus keperitan
melangsung daya esok
perjuangan baru
tiada yang tahu
air kosong
madu dan susu
berbaur mesra menambah rasa
memuas dahaga
yang tak pernah puas
roti putih dan air bening
daging dan darah
mengasak nadi
esok...
biarlah untuk esok
Ibn Abdullah
Beranang
12 Ogos 2022

Comments
Post a Comment