Rumah Terakhir

 


                                                                                              Photo by Frans van Heerden





dia pernah menjadi seorang usahawan

punya belasan cawangan

ratusan pekerja


dia pernah menjadi seorang hartawan

punya puluhan rumah dan tanah

tidak pernah mengenal miskin


dia pernah menjadi samseng jalanan

digeruni kawan dan lawan

tatu naga dan singa 

membalut tubuhnya


dia pernah menjadi seorang suami

ringan tangannya menjamah pipi isteri

tubuh kecil anaknya tidak terkecuali


dia pernah menjadi seorang imam

menuntun anak isteri

membina mahligai bahagia

menuju syurga


dia pernah menjadi seorang ayah

berusaha mencari sesuap rezeki

agar dapat mengalas perut

buat anak isteri


namun

semuanya cuma mimpi semalam

kerana kini 

tiada lagi megahnya 

seorang usahawan

seorang hartawan

seorang samseng

seorang suami

mahu pun seorang ayah


yang tinggal

seorang insan tua

mengusung dunia

mengemis kasih yang pernah ada

di hujung usia

mati terasa lebih bahagia



Abu Luqman

29 Mei 2022

Beranang




Comments

Popular posts from this blog

Lapar menjadi Bahasa, Haus menjadi Doa

Picagari

Barah