Separuh Aku
Photo by brcunel
mungkin... aku tak mampu meredah lautan api
apatah lagi gunung dan lembah
mungkin... aku bukan lelaki berdada bidang bermata biru
apatah lagi kesateria berkuda putih
mungkin... aku bukan lelaki romantis
apatah lagi memberi bunga intan permata
mungkin... aku pernah berlaku tidak adil
apatah lagi melukakan hati kecilmu
mungkin... aku sepertinya kurang memerhatikanmu
apatah lagi membelai manja dirimu
tetapi sekiranya masih tersisa seberkas sinar
di dasar hatimu, yakinlah
seandainya waktu bisa diputar kembali
aku tetap akan memilihmu
kerana..
kau isteriku
ibu cahaya mataku
kerana kau...
separuh aku.
Ibn Abdullah
Beranang
21 Julai 2022

Comments
Post a Comment